Apa itu Sarjana Muda Sains Agroteknologi ( Teknologi Lepas Tuai) ??


Assalamualaikum..hari ni ummi nak kongsi sikit maklumat tentang SMS Agroteknologi (Teknologi Lepas Tuai) atau lebih mesra di panggil Post Harvest technology. Erm..memandangkan beberapa hari yang lepas merupakan hari keluarnya result UPU untuk budak-budak sambung degree, mesti ramai yang dah tau dapat u dan kursus apa kan. So ummi nak cerita sikit untuk adik junior yang dapat kursus ni. Mesti ramai yang tertanya apalah kursus yang aku dapat ni? kena tuai padi ke? dan mesti ada yang kecewa kan..takpe-takpe..jangan risau ok bagi yang dapat kursus ni..meh sini akak senior nak bagi tip and pengalaman sikit..hehehe..yang ini especially untuk adik-adik junior yang ?ambil kursus ni di Universiti Malaysia Terengganu tau..

Ok..first of all kursus ni sebenarnya berasaskan biologi tau. Ia melibatkan aspek pertanian,pertenakan dan perikanan. Fungsi teknologi lepas tuai ni sebenarnya adalah macam mana kita nak kekalkan kualiti sesuatu Hasil Pertanian seperti buah,sayur, hasil ternakan dan itu selepas dituai agar produk itu kekal lebih lama. 

Contohnya :

  •  Kita ada ladang tomato yang mengeluarkan hasil yang banyak sangat, sampai kita kena simpan buat jangka masa yang lama. Siapa yang boleh tolong kita? Macam mana kita nak kekalkan kualiti tomato yang disimpan tu supaya fresh untuk jangka masa yang lama?? 
  • Lagi satu, Adik-adik ada terfikir tak? Macam mana buah-buahan yang di export ke luar negara boleh tahan lama, tak busuk dan kualiti masih bagus sedangkan masa penghantaran dari satu tempat ke tempat yang lain mengambil masa yang lama  ? haa.. Macam mana tu??

Haa.. kat sini lah peranan kita sebagai Post Harvest Technologist. Post Harvest Technologist ni lah yang akan fikirkan satu cara untuk kekalkan kualiti hasil pertanian dalam negara ni. kalau takda bidang Post Harvest ni agak-agak macam manalah kan untuk kita kekalkan hasil pertanian dalam negara kita ni. 

Walaupun Kursus ini nampak macam biasa-biasa je. Jangan terkejut sebenarnya kat luar negara,Post Harvest ni sangatlah terkenal dan maju. So Adik-adik jangan risau,kalau nak futher study kat luar negara pun boleh okay.Btw senior korang ada yang akan sambung ke Korea tau. Best kan??  Kalau ada rezeki korang nanti bolehlah korang berpraktikal dekat overseas. Perbelanjaan ditanggung pihak fakulti tau. Menarik Kan??

Ni adalah subjek-subjek yang akan adik-adik ambil untuk kursus ni tapi batch lepas batch akak dah banyak yang berubah. 


Rasanya mesti da jelas sikit-sikit kan pasal kursus ni. kalau ada yang dapat kursus ni tapi takde dalam mohon upu haritu,janganlah anggap kursus ni kursus lelong. Tak ada istilah kursus lelong pun. Tak belajar lagi tak tau  kursus ni macam mana.Kalau korang nak tau kat UMT je ada kursus ni. Universiti lain tak ada.Special Kan?? serius rasa best sangat bila da belajar pasal post harvest ni. guna alat-alat pertanian yang mungkin korang sendiri tak pernah guna,tanam jagung, tanam sawi and macam-macam lagi lah..Menarik tau kursus ni. so jangan sedih-sedih dapat kursus ni.BTW kursus ni dalam 3 tahun je.
Ni masa first year





Ambik kursus ni bukan korang duduk dalam u je tau..korang akan  banyak pegi luar jalan-jalan. seronokkan..tak menyesal ambil kursus ni.untuk peluang pekerjaan korang jang risau la korang boleh jadi guru biologi, saintis dalam bidang ni dan macam-macam lagi.korang kena ingat yang rezeki tu Allah yang bagi. so jangan risau..yang penting korang ambil seberapa banyak ilmu yang korang boleh perolehi dalam belajar ok? rasanya banyak dah kot informasi yang akak bagi..hehehe..untuk futher question korang boleh tinggalkan komen kat bawah ni atau korang boleh je add fb akak Ummi Nadhrah untuk fast response ye...semoga berjaya adik-adik yang ambik kursus ni.jangan risau akak-akak dengan abang-abang senior tak makan korang...semua baik-baik..Btw tahun ni akak nak grad dah..kalau ada rezeki jumpalah bulan 11..

Yang ini kat Bukit Kor
Trip pergi Malaysian Agriculture Horticulture & Agrotourism international show (MAHA)
kat Selangor
Lab selalunya bercucuk tanam tapi tak semua la depend on Subjek yang kita ambil. Masa ni tanam pokok kacang
Trip Ke Pahang

Trip lagi...dan lagi..Seronok tak??

Trip ke Sekayu, Masa ni ada field trip subjek Florikultur..Best

Trip Ke Raub Pahang, Melawat ladang-ladang sayur-sayuran

Yang ini pulak gambar tissue Culture.Rasa macam Sainstis pulak,,hehe

Coursemate Paling Tersayang..<3

Batas Tanaman..Buat Sendiri okay..hehe

Tanam Jagung kat Bukit Kor

Panjat Bukit Kor,Terengganu

umt dekat je dengan pantai


Comments

  1. salam sis..nak tanya...course ni syarat kelayakan dia apa eh?..

    ReplyDelete
  2. Semangat sikit lps bacaa ni. Thankyou for sharing

    ReplyDelete
  3. Hi Ummi, saya coursemate awak... tgk gambar2 ni flash back balik semua kenangan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

My 1st Appoinment

Permulaanku