My 1st Appoinment

Assalamualaikum..apa khabar semua?..harap semua baik-baik aje..da lame bru sekarang nak update cerita ni kan akibat terlalu busy..hehe..busy la sangat..padahal tak de idea sebenarnya..berbalik kepada tajuk di atas..first appoinment kat hospital sultanah nora ismail batu pahat..
Alhamdulillah..
Perasaan a day before n pagi tu of course nervous tahap..erm..tak tahula nak describe macam mana..tapi yang pasti super nevesla sebab first appoinment kan..debar nak tahu progress kaki macam mana?da boleh jalan ke tidak?
Pagi tu pukul 7 lagi da btolak pergi hospital bp..kena pergi awal sebab takut ramai sangat orang..sampai dalam pukul 8 lebih juga..tu pun dah ramai..mula2 tu ambil nombor di klinik pakar 2 iaitu klinik ortopedik dan klinik pembedahan..




                                    
lepas tu kena pergi ambil xray dulu untuk tengok la tempat patah tu da ada progress ke tidak..btw bahagian yang patah adalah tulang peha..lepas xray then pergi balik dekat klinik ortopedik tu..dalam 5 minit nombor kita kena panggil..after doktor tengok xray tu..doktor cakaplah yang da ada "callus" sikit tapi still tak boleh weight bearing lagi sebab tempat patah still boleh nampak..so tak bolehla guna kaki yang patah lagi..kalau korang tak faham callus tu ape korang boleh refer gambar kat bawah ni ye..
Setiap fasa ni mengambil masa juga la jugak my sis kata..ermm..fasa sekarang adlah fasa soft callus..hopefully nanti second appoinment da ada hard callus..=')


fyi tulang peha adalah tulang paling panjang dalam badan kita dan tulang peha ni lah yang support berat badan kita bila kita berdiri..sebab tu lah tak boleh nak jejak kaki lagi buat masa ni tapi harap sangat appoinment kedua nanti da boleh partial weight bearing..amin..inshaAllah doakan ye..lagi satu my sis cakap untuk tulang yang patah untuk sembuh betul-betul ambil masa dalam 2 tahun ye la kan tulang yang kita guna sejak lahir sampai 21 tahun then patah..so dia take time la juga untuk recover balik..sedih? Huhu kalau kata tak sedih tipula kan..tapi apa yang ummi cuba sekarang adalah untuk berfikiran positif..tidak Allah timpakan ujian kalau bukan untuk Allah tambah iman seseorang..salah 1 tanda Allah sayang hambanya Allah turunkan ujian..tanamkan dalam hati "mengapa perlu bersedih sedangkan aku adalah hamba yang ALLAH pilih untuk aku lalui semua ini?bukankah hamba yang terpilih sahaja yang Allah uji sebegini"..kena bersyukur pada Allah kerana Allah masih lagi bagi peluang untuk hidup..Alhamdulillah..walaupun Allah tarik sementara nikmah sihat ini,ada banyak lagi nikmat yang datang..Allah sentiasa menghadiahkan pelangi setelah hujan..sape-sape yang baca blog ummi ni doakan ummi semoga cepat sembuh..rindu untuk berjalan seperti biasa..hargai nikmat sihat yang Allah berikan..


BTW ni lah gambar besi dalam peha saya..=)

Comments

Popular posts from this blog

Apa itu Sarjana Muda Sains Agroteknologi ( Teknologi Lepas Tuai) ??

Permulaanku